RSS

Monthly Archives: June 2012

38.1 PROSES PENERIMAAN ILMU DARIPADA GURU

          Dalam tulisan yang lalu, saya memberatkan faktor hubungan rapat dengan guru adalah merupakan faktor utama untuk mendapatkan, menambahkan dan mengukuhkan ilmu. Rapat-rapatlah diri dengan guru. Jangan ada apa-apa prasangka bagi memudahkan proses tersebut. Cuma, sejauh mana hubungan rapat dapat dipupuk atau dilakukan oleh para murid SC yang semakin ramai dan semakin bertambah dari masa ke masa. Adakah tanpa hubungan rapat tersebut maka proses mendapatkan ilmu akan terbantut, atau pelbagai persoalan lagi.

Konsep rapat itu sendiri ada pelbagai tafsiran. Kita juga jangan sesekali lupa akan orang-orang kanan guru yang boleh bertindak sebagai wakil guru. Sekurang-kurangnya para Jurulatih di setiap pusat latihan SC juga boleh bertindak sebagai wakil guru. Sebagai penuntut, kita boleh menilai sendiri akan kebolehan dan kewibawaan mereka. Sekurang-kurangnya kefahaman, kewibawaan dan pembawaan sikap mereka adalah selaras dengan kehendak Guru Utama.

Umumnya, biar ada hubungan berterusan dengan guru tak kira sekerap mana atau serapat mana. Hubungan itu juga sama ada secara langsung atau secara tidak langsung. Contoh hubungan langsung, kita bersama guru dan mendapat kelebihan daripadanya. Hubungan secara tidak langsung mungkin ada kaitan dengan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan persatuan. Walau bagaimanapun, sama ada lama atau sekejap konteks yang berlaku, perkara penting ialah keikhlasan dan kejujuran dalam pertuturan mahupun tindakan. Hubungan ini biar berterusan. Jangan sekerat jalan secara menghilangkan diri.  Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 04/06/2012 in Persilatan