RSS

Monthly Archives: May 2012

38.0 PROSES PENERIMAAN ILMU DARIPADA GURU

          Dalam tulisan terdahulu, saya menekankan betapa pentingnya kita ada pegangan dalam hidup. Pegangan ini akan menjadi prinsip hidup kita ketika menjalani kehidupan. Ada yang bertanya tentang cara-cara untuk menetapkan pegangan. Apa yang patut dipegang? Macam-macam lagi karenah persoalan ditimbulkan jika hati kurang dapat menerima hakikat keperluan tersebut. Semacam kurang senang apabila dinyatakan keperluan seseorang ahli silat untuk berpegang pada satu-satu konsep pegangan berdasarkan disiplin persilatan. Apatah lagi apabila telah sedia ada kefahaman ikutan dalam tindakannya.

Walau bagaimanapun, oleh sebab kita banyak melibatkan diri dalam dunia persilatan, maka saya berpendapat jadikan bidang persilatan itu sebagai sesuatu yang membolehkan kita membina pegangan dalam hidup. Oleh sebab silat itu ada gurunya, hal yang demikian menyebabkan kita tidak dapat berpisah ikatan dengan guru yang ada dalam persilatan tersebut. Saya telah menulis dalam tulisan yang lalu tentang pengertian guru pada kita. Sekurang-kurangnya, peranan guru berkenaan adalah menjadi tempat rujukan kita kerana ilmu dan pengalamannya yang banyak. Sebarang kekusutan yang kita hadapi akan terungkai apabila mendapatkan penjelasan dari guru. Jiwa yang berdebar dan gelabah akan kembali tenang apabila kita berjumpa dengannya. Pendek kata, guru lebih banyak mempengaruhi perjalanan hidup kita seharian.
Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 31/05/2012 in Persilatan

 

37.2 KEPERLUAN ADA PEGANGAN

Berbalik saya tentang kisah lama tentang perjalanan demostrasi dalam kalangan mahasiaswa di universiti dulunya. Itulah budaya mahasiswa dulu. Saya rasa generasi baru SC mungkin tidak ada pengalaman dalam demonstrasi jalanan. Hal yang demikian kerana aktiviti tersebut telah disekat akibat rampasan kuasa oleh mahasiswa ke atas universiti. Timbul akta universiti. Baru sekarang timbul balik demonstrasi berkenaan. Sama dengan dulu. Mungkin lebih ganas.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 20/05/2012 in Persilatan

 

37.1 KEPERLUAN ADA PEGANGAN

 Demam pilihanraya begitu ketara sekali. Kita yang tidak terlibat secara langsung dengan kempen-kempen yang dijalankan, hanya akan bertindak sebagai pemerhati. Terdapat perhimpunan jalanan yang mula timbul galak dewasa ini. Rata-ratanya orang kita. Pemimpin tertingginya orang lain. Perempuan asing pulak tu. Berkawan rapat dengan kaki belakang yang menjadi ketua utama perjuangannya. Mungkin dan agaknya para peserta yang menyokong kepimpinannya berfaham sama. Belakang kira.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 15/05/2012 in Persilatan

 

36. 4. KONSEP PENDEKAR DALAM PENGURUSAN.

Sebagai seorang pendekar juga, seperti yang pernah saya tegaskan, betapa seseorang itu mestilah jangan sesekali panas baran. Orang yang panas baran biasanya pendek akal kerana tidak dapat berfikir. Akhirnya jadi pendek tengkok. Dirinya lebih banyak dikuasai oleh perasaan iaitu parasaan marah. Sebaliknya, mereka yang sabar, sifatnya tenang dan sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Mereka dapat membina hubungan yang baik dengan orang lain. Kehebatan mereka bersilat tidak menjadikan diri bersifat ego atau meninggi diri.

Dalam SC, lambang padi yang ada pada simbol SC menunjukkan sifat rendah diri. Lebih banyak pengetahuan dan pengalamannya maka lebih tinggi sifat merendah diri. Begitu juga dengan lambang kita yang terdahulu yang mengandungi simbol tangan terbuka dan tangan menggenggam. Simbol itu melambangkan sifat mengalah terlebih dahulu sebelum bertindak. ”Baik yang datang maka baik layanan yang diberikan.” Begitulah sifat pendekar yang dikehendaki dalam persilatan kita.

Sifat pendekar berkenaan jika dipraktikkan dalam pengurusan,  tentunya akan menjadikan diri kita bertambah hebat. Orang lain akan tetap menghormati kita. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan yang kita miliki, maka lebih tinggi penghormatan yang diberi. Syaratnya ialah kita jangan sesekali meninggi diri. Jika ada sifat meninggi diri maka orang lain akan menjauhkan diri mereka. Tinggallah kita keseorangan dalam pekerjaan  yang dilakukan.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 13/05/2012 in Persilatan

 

36.3 KONSEP PENDEKAR DALAM PENGURUSAN

Dalam proses kita menyebarkan SC, sifat sabar perlu ada. Bukan mudah kita menyakini masyarakat untuk mempelajari SC. Bukan mudah juga kita membuktikan kepada masyarakat bahawa SC adalah merupakan satu silat yang benar-benar asli, melebihi mutu bela diri yang ada dan boleh bertanggungjawab menjaga diri. SC berupaya membentuk perwatakan diri, jika kita benar-benar yakin akan pelajarannya dengan sepenuh hati. Menjiwai persilatan SC dalam semua segi pelajarannya akan membentuk cara kita berfikir dan bertindak secara beradab dan bersopan. Hal yang demikian akan mendorong kita untuk menyebarkan SC dalam kalangan masyarakat.

Mereka yang berusaha menyebar SC tentu menghadapi pelbagai jenis dugaan. Namun begitu, saya percaya jika kita yakin bahawa pelajaran SC adalah sesuatu yang bernilai dan amat bermutu serta perlu disebarkan, maka usaha-usaha kita menghadapi tentangan dan dugaan dari masyarakat tidak akan mendatangkan satu tekanan atau bebanan berat. Sifat yakin dan sifat sabar ada perkaitannya. Keyakinan yang ada, membolehkan kita bersifat sabar untuk melaksanakan tugas, terutama tugas menyebarkan pelajaran SC. Segala rintangan akan dihadapi dengan jiwa yang tenang. Tidak mudah menyerah kalah tanpa ’berjuang’ terlebih dahulu.

Orang yang bersifat sabar akan sentiasa menyusun stretagi bagi memperoleh kemenangan di akhirnya. Mereka tidak mudah kecewa atau mengundur diri dari masalah yang dihadapi. Mungkin mereka akan mengalah di peringkat awal. Sifat mengalah bukannya tanda penakut atau tanda bacul, melainkan sifat mengalah itu adalah untuk merancang satu strategi yang lain. Walaupun orang lain akan membuat pelbagai andaian akan sifat dirinya, dia akan lebih berhati-hati dan berdiam diri. Ada perancangan yang sedang disusun dan menunggu saat dan ketika untuk melakukannya.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 10/05/2012 in Persilatan

 

36.2 KONSEP PENDEKAR DALAM PENGURUSAN

Dalam bidang pengurusan, mengangkat atau menjatuhkan seseorang itu, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nampakya sifat  tersebut telah menjadi amalan manusia dengki yang banyak terdapat dalam satu-satu organisasi. Saya pernah menulis tentang tahap dengki yang ada pada manusia. Kalau timbul perasaan negatif di hati, itu namanya iri hati. Apabila diluahkan dari mulut atau ditunjukkan melalui perbuatan maka itulah tafsiran dengki yang ada. Jika menimbulkan riaksi melalui tindakan maka itulah tahap khianat namanya. Contohnya, setakat nak menulis surat layang atau nak sebarkan firnah, itu masih lagi ditahap dengki, kerana masih berada di tahap ’nak’. Apabila disebarkan surat layang atau menyebarkan fitnah, maka itulah yang dinamakan khianat. Cuba kita hubungkan tafsiran ini ketika situasi pepecahan berlaku dalam kalangan kita.

Oleh sebab organisasi itu ada kaitan dengan manusia, maka kita tidak dapat mengelak diri berhadapan dengan pelbagai jenis perangai atau ragam manusia. Sifat dan sikap mereka adalah tidak sama. Istilah-istilah ’mengampu, bodek, geng, taat, menghormati dan sebagainya, selalu bermain dalam kalangan bibir manusia yang berhati pelbagai. Tafsiran atau pengertian istilah-istilah tersebut adalah sama ada dalam bentuk positif ataupun negatif. Terpulanglah pada tahap pemikiran mereka sama ada berfikiran terbuka atau berfikiran sempit. Saya pernah tegaskan terdahulu. Orang yang berfikiran sempit, lebih suka membincangkan isu dan membuat komen tentang orang tersebut. Manakala orang yang berfikiran luas dan terbuka lebih banyak membincangkan isu dari sudut sebab dan akibat.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 04/05/2012 in Persilatan

 

36.1 KONSEP PENDEKAR DALAM PENGURUSAN

Penglibatan seseorang ahli dalam SC adalah berbeza-beza bentuknya. Ada yang terlalu komited dan ada yang tidak. Malah penglibatan mereka juga kadang kala boleh merujuk pada tempoh. Ada yang sekejap sahaja komitmennya pada SC dan ada yang berterusan hingga bertahun-tahun. Pada pendapat saya, mereka yang berada begitu lama dalam SC dan bergerak secara aktif, pasti mempunyai perasaan yang mendalam terhadap SC itu sendiri. Komitmen mereka tinggi dan semangat SC benar-benar telah menguasai dirinya. Jika orang lain berhobikan memancing, golf atau sebagainya, mereka yang menjiwai SC akan berhobikan silat. Orang yang menjiwai bidang persilatan yang diceburinya itu, biasanya kehidupan seharian juga akan dipengaruhi oleh silat berkenaan. Hal yang demikian meliputi gerak lakunya dan cara dia berfikir.

Kebiasaannya, berada lama dalam SC adalah kerana dua tujuan iaitu kerana persilatan dan satu lagi kerana persatuan. Walau bagaimanapun saya yakin bahawa mereka yang memegang apa-apa jawatan dalam persatuan pastinya mempunyai kebolehan bersilat SC terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya tamat silat. Jika menjadi ahli persatuan semata-mata tanpa menjadi ahli persilatannya, saya pasti buat masa ini Guru Utama, malah ahli-ahli lain tidak akan layan minat mereka untuk menjawat apa-apa jawatan dalam persatuan SC.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 01/05/2012 in Persilatan