RSS

Monthly Archives: April 2012

35.1 KESETIAAN BERTERUSAN DALAM PERSATUAN

Saya sentiasa menyedari kedudukan diri. Kedudukan saya di peringkat cawangan adalah bertanggungjawab untuk menyebarkan SC seberapa luas yang boleh. Walau bagaimanapun, sebagai pemimpin dan ketua di cawangan, kita juga bertanggungjawab untuk meluahkan masalah yang dihadapi di peringkat cawangan. Luahan inilah kadang kala tidak menyenangkan pelbagai pihak di peringkat pusat. Namun begitu, luahan itu adalah merupakan isi hati yang ada. Bukannya isi perut yang busuk. Teguran kita adalah ikhlas demi meneruskan Pusaka Hanafi. Dalam hal ini, kita mesti berani. Jika pendapat yang diluahkan itu tidak diterima, maka terimalah kenyataan. Janganlah kita memberontak atau melahirkan perasaan tak puas hati secara nampak. Akibatnya tentulah tidak baik. Silap haribulan kita mungkin akan tersingkir. Mudah saja tindakan mereka.  Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 22/04/2012 in Persilatan

 

35.0 KESETIAAN BERTERUSAN DALAM PERSATUAN

Nampaknya bukan mudah bagi seseorang itu untuk terus berkekalan dalam satu-satu organisasi atau persatuan atau pertubuhan. Ada yang cukup tempoh, akan menarik diri walaupun telah terlibat begitu lama. Cuma, apakah perkaitan antara cukup tempoh dengan kelenyapan mereka itu. Saya hanya menggunakan istilah kepentingan diri sahaja untuk merujuk pada mereka yang berbuat demikian. Dalam hal ini, kepentingan diri bukan sahaja membawa implikasi negatif, malah kepentingan diri juga boleh membawa makna positif. Mengundur diri dari persatuan kerana faktor kesihatan tentunya satu tindakan yang baik untuk aspek kepentingan diri. Walau bagaimanapun, ramai yang mengundur diri kerana merajuk. Mereka terus berdiam diri dan mengetepikan perjuangan yang selama ini mereka terlibat. Merajuk juga boleh dirujuk atas sifat kepentingan diri hingga sanggup meninggalkan perjuangan.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 18/04/2012 in Persilatan

 

34.0 KENANGAN GAMBAR BERAMAI-RAMAI

Saya merujuk gambar kenangan beramai-ramai bersama dengan Ustaz yang disiarkan oleh Saudara Azmin dalam laman facebooknya. Gambar itu dipetik dalam blog tulisan saya yang lalu. Ada dalam kalangan ahli-ahli yang meminta saya membuat sedikit ulasan dan menyatakan nama mereka yang ada dalam gambar berkenaan. Dalam tulisan ini, saya cuba menulis serba sedikit mengenai mereka yang terlibat dalam gambar berkenaan. Cuma, penceritaan tentang hal-hal ’sebaliknya’ agak sukar dilakukan secara terus terang dalam tulisan ini.

Gambar tersebut diambil di asrama Kolej Ketiga Universiti Malaya. Ketika itu saya memegang jawatan sebagai  Setiausaha Majlis Penuntut di kolej berkenaan. Gambar saya adalah di barisan kedua duduk, empat dari kiri. Kiri sekali ialah adik Ustaz. Sebelahnya ialah En Abu Hamid dan diikuti oleh En Nasir.  Sebelah kiri saya, dah lupa nama. Kemudian jelas muka En Jo dan En Amruddin. Antara mereka juga saya lupa namanya. Nama-nama yang saya lupa itu kerana penglibatan mereka dalam SC tidak kekal lama. En Amruddin dan En Nasir juga adalah merupakan penuntut UM yang senior setahun dari saya. Ketika itu telah tamat SC.

Gambar tersebut diambil ada kaitannya dengan majlis penerangan SC yang dibuat Ustaz di kolej berkenaan. Ketika itu saya berada di tahun kedua iaitu pada tahun 1974. Saya telah menganjurkan majlis penerangan tersebut bersama dengan En Abu Hamid dan seorang rakan saya lagi En Ismail yang duduk di barisan depan sebelah kiri sekali. Beliau juga adalah salah seorang ahli  Majlis Penuntut di Kolej berkenaan. Bila SC dibuka pada tahun berikutnya, hanya saya dan En Abu Hamid yang belajar SC. Sahabat saya itu tidak berpeluang kerana lebih senior dan menamatkan pengajian terlebih dahulu ketika SC dibuka di UM.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 13/04/2012 in Persilatan

 

33.0 KEJOHANAN WAJADIRI NASIONAL

Kejohanan tersebut telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Sukan Negeri Sembilan pada 7 April 2012 yang lalu. Ramai penyertaan ahli-ahli SC dari sekolah dan pusat pengajian tinggi. Ribuan ahli yang hadir telah menjelaskan kemeriahannya. Perjalanan majlis pembukaan adalah kemas. Persembahan pesilat di hadapan perasmi juga menampakkan ketangkasannya. Penonton tentunya berasa puas menyaksikan persembahan tersebut. Hero dan crook dapat bekerjasama menghidupkan gerak persembahan. Pukulan hero dapat disambut dengan gerak jatuhan crook yang hebat. Walau bagaimanapun saya tidak berpeluang mengikuti majlis penutup. Saya ingin ucapkan tahniah pada pihak penganjur yang dipimpin oleh saudara Halim dan barisan jawatankuasanya.

Saya berpeluang menghadirkan diri. Masih ada jemputan lagi rupanya walaupun saya tidak lagi menjawat apa-apa jawatan dalam SC. Nampaknya penglibatan dan pengurnian SC yang saya terima  tempoh masa yang lalu, masih lagi diberi pengiktirafan. Kalau tidak, sudah tentu saya dilupakan dan tidak mungkin dijemput secara rasmi bagi menghadiri majlis tersebut. Itulah salah satu budaya tinggi atau budaya gemilang dalam masyarakat Melayu. Budaya yang tidak pernah melupakan jasa-jasa yang telah diberi atau yang telah disumbangkan oleh orang-orang yang terdahulu.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 10/04/2012 in Persilatan

 

32.1 LATIH KEBOLEHAN PENGIKUT II

Ketika zaman Ustaz, ramai dalam kalangan ahli yang hebat-hebat dalam persilatan tapi tidak dijadikan Jurulatih. Sudah tentu ada alasannya. Sekurang-kurangnya, mereka hebat untuk diri sendiri tapi tidak berupaya untuk menyebarkan ilmu yang ada pada diri mereka untuk menghebatkan orang lain. Hal yang demikian mungkin kelemahan mereka berkomunikasi atau ketangkasan bersilat yang tidak boleh disesuaikan dengan kehendak penuntut yang sedang belajar silat. Boleh membuat gerakan hebat tapi tidak boleh menterjemahkan gerak itu dalam bahasa lisan.

Di cawangan saya pun terdapat persilat yang ’hebat’ bersilat tapi hanya untuk diri sendiri sahaja. Buat serangan atau tunggulah serangan, semuanya boleh dikuasai oleh pesilat berkenaan. Gerak mereka memperlihatkan ketangkasan dan kemantapan. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat memandu penuntut yang baru belajar untuk menguasai kebolehan seperti diri mereka. Sifat mereka cepat marah apabila para penuntut gagal melakukan gerak seperti mereka. Oleh itu, mereka ini saya tidak syorkan jadi Jurulatih. Kalau jadi Jurulatih, alamat ramai penuntut yang lari.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 08/04/2012 in Persilatan

 

32.0 LATIH KEBOLEHAN PENGIKUT

Kalau kita sahaja yang bergerak secara luar biasa tentulah tidak memadai, melainkan kita juga perlu mempastikan para pengikut kita yang merupakan ahli-ahli di cawangan juga bersifat luar biasa dalam kerja-kerja mereka. Hal yang demikian jika berlaku, barulah konsep gerabak keretapi yang mengikut kepalanya selaju bergerak, akan berlaku. Jika tidak, kepimpinan mantap akan lebih berada dalam suasana impian dan angan-angan dek kerana sokongan ahli yang lain tidak setimpal dengan kehendak pemimpinnya.

Kita telah ada pengalaman apabila persatuan yang ditinggalkan tidak dapat dipimpin seperti sebelumnya. Aspek kepemimpinan dan pengurusan persatuan amat lemah. Akibatnya, persatuan menjadi porak peranda. Ketrampilan ahli-ahli terutamanya orang-orang kanan persatuan yang berkalibar telah tidak dapat dikawal lagi dengan sempurna. Ahli-ahli yang berwibawa tidak lagi berwibawa untuk memimpin persatuan, sebaliknya mereka mulai nampak ada ruang bagi mempengaruhi ahli-ahli lain untuk kepentingan diri sendiri. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 05/04/2012 in Persilatan

 

31.0 KEMUNCULAN CEKAK YANG LUAR BIASA

Pada tahun-tahun tujuh puluhan, kemunculan SC semacam tidak boleh ditahan-tahan. Perkembangannya semakin meluas dari masa ke masa. Pusat-pusat pengajian tinggi mulai ditembusi satu demi satu. Penubuhan cawangan di setiap negeri semakin mantap. Nama Cekak telah menjadi sebutan ramai. Majlis-majlis rasmi pasti akan melibatkan persembahan dari SC.

Ketika itu, perkembangan silat lain semakin malap. Kemasyhuran mereka mula dilupakan dan mula diketepikan. Ada yang menganggap bahawa munculnya SC maka silat-silat lain akan mulai malap. Hinggakan ada yang berani dan tegas membuat kesimpulan  tentang kemunculan SC bahawa apabila tertegak yang hak maka yang bathil dengan sendirinya akan terbatal. Banyak buktinya ketika itu betapa di mana saja SC bertapak maka silat asal yang sedia ada di situ akan mulai malap dan sedikit demi sedikit ‘ghaib’ dari tempat berkenaan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 01/04/2012 in Persilatan