RSS

Monthly Archives: March 2012

30.3 KELUARBIASAAN IV

Pada awal penubuhan cawangan di negeri-negeri, saya sendiri dapat lihat betapa barisan kepimpinanya yang bekerja secara extra telah menjadikan persatuan tersebut kukuh dan bergiat aktif. Saya tidak ingin memuji persatuan di cawangan saya sendiri. Mengambil contoh kepimpinan di cawangan Pulau Pinang, telah menampakkan situasi tersebut. Persatuan yang dipimpin oleh En Abu Hamid, telah berkembang aktif setiap masa. Aktiviti-aktiviti yang dirancang  melibatkan juga aspek memantapkan kewangan persatuan. Saya sering dijemput untuk melibatkan diri dalam program yang dirancang. Hinggakan ada antara program tersebut dijadikan contoh bagi dilaksanakan di cawangan saya. Itulah hasil pemikiran extra yang dimiliki oleh kepimpinan yang diterajui oleh En Abu bagi memantapkan cawangannya.

Extra ketiga yang perlu ada pada barisan kepemimpinan ialah sifat extra dalam kemudahlenturan. Orang yang memiliki sifat yang mudah lentur adalah mereka yang boleh bersifat menurut situasi. Ada kalanya seseorang itu menunjukkan sifat sukanya, sifat bencinya atau sifat marahnya. Tidaklah seseorang itu mengamalkan sifat marah yang berterusan. Orang yang bersifat marah, selalunya bersifat panas baran.  Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on 26/03/2012 in Persilatan

 

30.2 KELUARBIASAAN III

Di peringkat kebangsaan, silat yang mungkin bersaing sempurna dengan Gayung ialah silat Lincah. Geraknya lebih kurang sama dengan Gayung. Kemasyhuran silat itu masih bertahan. Namun begitu, sampai bila. Setakat pengetahuan saya, mereka masih mempunyai kelebihan kerana mempunyai guru yang sama dari dulu hingga sekarang. Itu juga adalah keluarbiasaan yang ada pada mereka. Kemungkinan besar sejarah akan menentukan kehebatan mereka apabila guru mereka telah tiada. Sama ada kehebatan mereka akan berterusan atau mereka juga akan berpecah belah, sama-samalah kita saksikan nanti.

Ada satu lagi jenis silat yang popular ketika itu di peringkat kebangsaan. Silat itu ialah Gayung Fatani. Walaupun silat tersebut tidak menampakkan keluarbiasaan pada pergerakan silatnya, tapi pada pandangan saya, kepimpinannya yang luar biasa telah berjaya mengangkat silat tersebut ke peringkat kebangsaan. Silat tersebut telah bergerak dan  berkembang luas di seluruh tanah air kita.

Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 24/03/2012 in Persilatan

 

30.1 KELUARBIASAAN II

Keluarbiasaan yang ada pada Silat Gayung benar-benar menyentak dan menyentap minat masyarakat pada silat Melayu ketika itu. Kegemilangan persilatan silat Melayu mulai bersinar kembali. Mana ada silat Melayu yang mempunyai gerak-gerak gimnastik yang hebat-hebat. Boleh melompat dan berguling dengan tangkasnya. Saya dapat simpulkan bahawa di zaman kegemilangan silat Melayu, tidak ada silat Melayu yang setanding dengan Silat Gayung. Malah saya perhatikan, jika silat-silat Melayu lain ingin menonjol dan menarik minat masyarakat, mereka tidak ada pilihan, melainkan membuat pembaharuan pada pergerakan silat mereka. Maka bermulalah unsur-unsur Gayung mempengaruhi gerak pada kebanyakan silat Melayu ketika itu.

Oleh itu, silat Gayung telah berkembang hebat di seluruh negara. Saya difahamkan juga bahawa silat berkenaan telah berkembang secara meluas di Singapura dan Indonesia. Apa-apa acara yang berlangsung melibatkan silat, pasti silat Gayung akan dijemput. Persilatan tersebut juga menjadi buah mulut masyarakat. Hinggakan dianggap semua silat yang ditonton, semuanya silat Gayung. Walaupun pada hakikatnya tidak sedemikian. Masih ada silat-silat Melayu lain di peringkat negeri yang hebat-hebat, tapi tenggelam dek kerana populariti silat Gayung.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 18/03/2012 in Persilatan

 

30.0 KELUARBIASAAN I


Sering saya perhatikan betapa sesuatu yang luar biasa itu sangat menarik perhatian ramai. Orang yang bersuara lunak dan luar dari kebiasaan suara tentunya menarik perhatian masyarakat untuk meminatinya. Nama-nama seperti SM Salim, P. Ramle, R. Azmi adalah antara nama-nama angkatan lama yang mempunyai suara yang luar biasa. Kemudian muncul nama-nama lain seperti Sharifah Aini, Sudirman dan Siti Nurhaliza. Bukan setakat suara mereka yang luar biasa, penampilan mereka juga adalah luar dari kebiasaan berbanding dengan orang lain sama ada rupanya atau bentuk persembahannya.

Orang yang menjual ubat perlu membuktikan ubatnya sangat luar biasa. Bukan calang-calang ubat yang boleh dapat di mana-mana. Misalnya, ubat itu boleh menyembuh atau menaikkan sesuatu yang tak naik. Malah, ramuan ubat yang luar biasa juga akan menyebabkan minat masyarakat tertarik. Maka disebut oleh tukang jual ubat betapa ramuan ubatnya yang luar biasa seperti campuran ramuan dari daging kambing gurun, tanduk badak dan sebagainya yang sukar diperoleh.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 17/03/2012 in Persilatan

 

29.2 HEBATKAN TUGAS SEBAGAI GOLONGAN PELAKSANA III

Kita perlu bertindak dalam semua aktiviti atau program secara lebih serius. ”Kalau nak buat kerja, buat betul-betul. ”Kalau dah mula dari A maka habiskan sampai Z”. Oleh itu, dapatkan kepercayaan daripada pengurusan pusat dan buktikan pada mereka bahawa kita benar-benar berkeupayaan dan berkebolehan untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diberi. Tunjukkan kecekapan dan sifat suka serta sentiasa berkesan dalam melaksanakan kerja sebagai barisan hadapan dan sebagai pelaksana.

Walaupun kita berada di peringkat pelaksanaan, kita masih ada lagi pengikut untuk melaksanakan kerja tugas yang diamanahkan. Jaga mereka bagi mempastikan kita mempunyai pasukan yang hebat di barisan hadapan. Orang-orang yang dipimpin lebih senang untuk berbincang dan mendapatkan sesuatu keputusan dari kita. Oleh itu, kemampuan kita membuat keputusan adalah penting. Jika kita kurang berkemampuan membuat keputusan, berkemungkinan pengikut kita akan terus berhubung dengan pihak pusat. Hal yang demikian bukanlah satu perkembangan yang baik kerana kewibawaan kita pasti tercabar. Seolah-olah kita diketepikan. Jika tidak dibendung gejala tersebut, berkemungkinan besar, akhirnya kita akan terus terketepi dan terkapai-kapai dalam perjuangan di barisan hadapan.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 13/03/2012 in Persilatan

 

29.1 HEBATKAN TUGAS SEBAGAI GOLONGAN PELAKSANA II

Walaupun status di cawangan adalah merupakan barisan hadapan yang melaksanakan arahan atau perintah pusat, di cawangan sendiri kita berperanan sebagai kepemimpinan lapisan atas. Kitalah yang mentafsir dasar pusat untuk menjadikan dasar pusat itu sebagai dasar cawangan dari segi pelaksanaannya. Untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh pusat, mustahil bagi seseorang pemimpin tertinggi cawangan atau ketua di cawangan menjalankan tugas-tugas secara berseorangan. Beliau pasti memerlukan bantuan orang lain. Di cawangan juga ada orang-orang kanannya.

Oleh itu, konsep kepemimpinan sebagai satu perkongsian kuasa adalah tepat dan perlu dijalankan di peringkat cawangan. Saya rasa, prinsip ini telah berjaya saya lakukan di cawangan yang saya pimpin dulunya. Cuma, stail kepimpinan kita akan menentukan cara pengurusan yang kita jalankan. Terbeban atau tidaknya pengurusan kita pada ahli-ahli jawatankuasa cawangan, banyak bergantung pada watak, orientasi, kebolehan dan pengalaman seseorang ketua di cawangan berkenaan. Perwatakan ada kaitan dengan gaya kepimpinannya. Orientasi yang diterimanya merujuk pada hasil didikan yang diperoleh. Manakala kebolehan dan pengalaman adalah berkait erat dengan ilmu yang dia miliki.  Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 10/03/2012 in Persilatan

 

29.0 HEBATKAN TUGAS SEBAGAI GOLONGAN PELAKSANA I

Dalam tulisan yang lalu, saya ada mengatakan bahawa setiap persatuan atau organisasi itu perlu ada keselarasan antara peranan ketua dan para pengikutnya. Masing-masing bertanggungjawab bagi memajukan persatuan tersebut. Pada kebiasaannya, para pengikut adalah merupakan barisan hadapan dalam perjuangan persatuan. Merekalah yang selalu berperanan secara langsung untuk memastikan segala perancangan dari persatuan pusat membuahkan hasil. Oleh itu, saya selalu sarankan betapa pentingnya kursus-kursus yang melibatkan barisan kepemimpinan tertinggi dan kursus khas untuk para pengikut bagi membentuk sifat kesetiaan pengikut kepada pemimpin atau ketuanya.

Dalam konteks organisasi SC, cawangan adalah merupakan barisan hadapan dalam pelaksanaan sebarang aktiviti. Peranan mereka itu juga bersepadu sebagai pengikut. Oleh itu, jelas menampakkan betapa tanggungjawab mereka adalah besar dan perlu diberi perhatian secara bersungguh. Ketua-ketua cawangan atau pusat-pusat latihan SC, perlu diasuh supaya mereka menjadi pemimpin yang hebat. Saya pernah menegaskan bahawa seorang pemimpin itu pastinya seorang ketua. Manakala seorang ketua itu tidak semestinya menjadi seorang pemimpin yang baik. Seiring dengan kursus untuk  para pemimpin kanan persatuan, kursus-kursus kepada barisan hadapan SC mesti juga diambil kira. Kita perlu memastikan para pengikut di barisan hadapan kita, tahu akan peranan sebenar yang patut mereka pikul. Hal yang demikian akan dapat memfokuskan peranan mereka dalam persatuan. Read the rest of this entry »

 
Leave a comment

Posted by on 08/03/2012 in Persilatan