RSS

Monthly Archives: September 2011

15.2 MANUSIA TOKSID III

Bahagian Ketiga

Untuk memupuk sifat motivasi diri, terlebih dahulu kita perlu benar-benar memahami tentang matlamat persatuan atau matlamat organisasi kita. Matlamat tersebut akan mengarah cara kita bertindak atau melakukan sebarang pekerjaan. Matlamat yang jelas akan mendorong kita melakukan sesuatu perbuatan itu demi untuk kebaikan persatuan atau organisasi kita. Tidak wujud sebarang kepentingan diri yang boleh menghalang minat dan keikhlasan kita untuk terus berbakti  pada persatuan kita.

Kita tidak dapat menahan mulut kita daripada terus bercakap. Cuma, perkara yang penting ialah bercakaplah tentang hal-hal yang positif. Saya teringat kata-kata Tun Dr Mahathir yang pernah menulis, ”Rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa untuk berdebat mengenai sesuatu idea baru supaya idea itu tidak perlu dilaksanakan.” Di sinilah dapat kita lihat betapa kepimpinan secara mutlak amat perlu diamalkan bagi mempastikan kita banyak bekerja daripada banyak bercakap. Ustaz telah membuktikan kenyataan ini. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 15.2 MANUSIA TOKSID III

Posted by on 27/09/2011 in Persilatan

 

15.1 MANUSIA TOKSID II

Bahagian Kedua

Pepatah kita ada mengatakan bahawa musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Walaupun kita sentiasa menghindari musuh, namun, musuh tetap akan ada sama ada kita menyukainya atau tidak. Yakinkan diri kita bahawa orang-orang yang cemerlang mesti akan ada musuhnya. Orang-orang yang cemerlang pasti tidak disukai oleh semua pihak. Sekurang-kurangnya pesaingnya sendiri akan menjadi musuh. Dalam hal ini, orang-orang yang cemerlang perlu akui akan hakikat bahawa diri mereka yang cemerlang tetap akan menghadapi musuh yang pasti muncul pada bila-bila masa.

Begitu juga dengan mereka yang berada di puncak kejayaan. Pasti juga mereka akan menghadapi musuh-musuh yang tidak diundang. Tindakan dan riaksi musuh-musuh tersebut adalah dalam  pelbagai bentuk. Tapi perkara pastinya ialah mereka akan menjadi manusia toksid yang akan mengancam diri kita dan perkembangan persatuan atau organisasi yang kita pimpin. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 15.1 MANUSIA TOKSID II

Posted by on 22/09/2011 in Persilatan

 

15.0 MANUSIA TOKSID I

Bahagian Pertama

           Dalam mana-mana persatuan atau organisasi, kita selalu mendengar istilah pengampu, kaki bodek, kaki cucuk dan pelbagai istilah lagi. Malah, dalam persatuan kita pun istilah-istilah berkenaan tidak terkecuali daripada sebutan para ahli. Cuma, ditambah lagi dengan satu istilah yang berkaitan dengan guru iaitu taksub. Namun begitu, sama ada ketepatan istilah-istilah itu pada orang yang ’dituju’, banyak bergantung pada tafsiran, pemikiran, atau tanggapan positif atau negatif orang yang memberi gelaran.

Biasanya, istilah atau kata-kata tersebut adalah terpancar dari mulut manusia yang saya gelar sebagai manusia toksid. Kerap kali saya lihat, orang yang memberi gelaran pada orang lain adalah merupakan orang yang bersifat toksid. Umumnya punca hal yang demikian kerana diri sendiri telah terketepi. Maka mulalah mereka memberi gelaran pada orang lain sebagai usaha menyakitkan hati orang berkenaan. Di sinilah peranan kepemimpinan tertinggi amat penting bagi mengawal keadaan. Jika mereka sendiri bersengkongkol dengan situasi yang wujud itu, maka keadaan akan menjadi semakin parah. Hal yang demikian akan mengundang pepecahan dalam kalangan ahli. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 15.0 MANUSIA TOKSID I

Posted by on 22/09/2011 in Persilatan