RSS

Monthly Archives: August 2011

12.0 RAPATKAN DIRI SESAMA AHLI

Dalam tulisan yang lalu, saya telah menegaskan betapa pentingnya kita mendapatkan kerjasama dari ahli-ahli organisasi yang lain. Oleh itu kita perlu berusaha untuk mewujudkan hubungan atau merapatkan diri dengan mereka. Hal yang demikian memerlukan fahaman dan pegangan pada kita. Fahaman dan pegangan itu akan menjadikan kita tahu apa yang perlu dilakukan. Ketika mana dan bagaimana kita boleh lakukannya bagi mewujudkan persefahaman dalam kalangan ahli.

Dalam proses mencari persefahaman dengan orang lain, banyak cara boleh dilakukan berdasarkan fahaman masing-masing. Cuma dalam tulisan ini saya suka berbincang tentang cara-cara yang pernah saya lakukan. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa kita perlu memahami sekurang-kurangnya enam prinsip utama. Prinsip-prinsip tersebut adalah berdasarkan pengalaman yang ada sekian lama. Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Comments Off on 12.0 RAPATKAN DIRI SESAMA AHLI

Posted by on 29/08/2011 in Persilatan

 

11.0 MENJALIN HUBUNGAN

          Dalam tulisan ini saya cuba tegaskan betapa hubungan sesama manusia itu amat penting. Jalinlah hubungan dalam persatuan atau organisasi yang kita libatkan diri. Hal yang demikian akan banyak membantu bagi memenuhi segala matlamat  ketika menjalankan tugas persatuan atau organisasi.

Saya telah bincangkan dalam tulisan terdahulu. Kekalkan hubungan yang sedia terjalin dengan rakan-rakan sebelum kita berjawatan atau berkepentingan dalam satu-satu persatuan atau organisasi. Maka akan selamatlah kita dari ’dipulaukan’ sama ada segi perasaan atau segi kenyataan apabila kepentingan dalam persatuan atau organisasi telah tiada pada kita kemudiannya. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 11.0 MENJALIN HUBUNGAN

Posted by on 25/08/2011 in Persilatan

 

10.1 HUBUNGAN SESAMA AHLI ORGANISASI II

Bahagian Kedua

Dalam tulisan yang lalu saya telah membincangkan kesan yang boleh timbul apabila kita melupakan kawan-kawan setia yang telah terjalin ikatan persahabatan sekian lama. Terbukti pada saya betapa kesannya amat besar sekali. Mereka terus-menerus merenggangkan diri dari kita apabila tidak dipeduli. Akhirnya hilanglah teman setia yang selama ini berkawan rapat sejak mula.

Lebih malang lagi kita juga bakal kehilangan teman-teman setia yang sama-sama berada semasa kita berjawatan dalam mana-mana organisasi atau persatuan yang kita terlibat bersama. Apabila kita tiada lagi kepentingan dalam organisasi berkenaan maka terputuslah hubungan dengan rakan sepersatuan atau seorganisasi . Mereka juga ’melarikan diri’ dari kita. Malang sekali nasib sesetengah kawan kita. Kawan setia dulunya menghilangkan diri dan kawan baru semasa persatuan pun menghilangklan diri. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 10.1 HUBUNGAN SESAMA AHLI ORGANISASI II

Posted by on 20/08/2011 in Persilatan

 

10.0 HUBUNGAN SESAMA AHLI ORGANISASI

         Suatu perkara yang ingin saya berkongsi bersama dengan para pembaca dalam tulisan kali ini ialah satu kenyataan yang berikut: ”Hubungan kita dalam sesuatu organisasi atau persatuan itu adalah tidak kekal. Hubungan adalah berdasarkan jawatan atau kepentingan yang ada. Apabila kita mengundur diri, maka hubungan itu mungkin berterusan atau terkubur begitu sahaja.”

Kerap kali saya perhatikan, apabila sesorang itu telah tiada dalam persatuan atau telah tiada dalam sesuatu organisasi itu maka pada kebiasaannya dia akan dilupakan langsung. Hubungan akrab bersama-sama ahli organisasi satu masa yang lalu semakin longgar dan akhirnya menjadi kenangan. Perasaan hormat semakin kurang dan semakin luntur dimamah masa. Pelakuan mengambil berat dan memberi perhatian selama ini telah mulai kurang dan semakin pudar dari masa ke masa. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 10.0 HUBUNGAN SESAMA AHLI ORGANISASI

Posted by on 18/08/2011 in Persilatan

 

9.0 KOMUNIKASI MESRA

          Dalam tulisan yang lalu, kita telah berbincang tentang betapa pentingnya sesuatu maklumat yang hendak disampaikan biarlah berkesan. Maksudnya, berkesan dalam penyampaian dan berkesan kepada penerima. Jika maklumat yang hendak kita sampaikan itu difahami dan dapat dipraktikkan, tentunya kita akan berasa gembira. Sebaliknya, jika maklumat atau arahan yang kita sampaikan itu membawa tafsiran yang salah dan tidak diikuti maka kita tentunya akan berasa kecewa. Hal yang demikianlah menyimpulkan betapa pentingnya komunikasi yang kila lakukan itu mesti berkesan.

Dalam kelas-kelas SC, kita dapat bayangkan betapa ada dalam kalangan penuntutnya tidak dapat menguasai pelajaran SC bukan kerana Jurulatihnya tidak ’handal’ tapi kerana komunikasi Jurulatih itu amat lemah. Mereka gagal memberi maklumat pada setiap gerak SC secara berkesan. Inilah salah satu faktor pembelajaran SC boleh berbeza-beza antara satu kelas dengan kelas yang lain. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 9.0 KOMUNIKASI MESRA

Posted by on 14/08/2011 in Persilatan

 

8.0 PERASAAN RENDAH DIRI

          Adatnya jika kita kurang bercakap maka orang lain akan banyak bercakap. Jika kedua-duanya asyik berlumba-lumba untuk bercakap maka wujudlah pertengkaran atau perbincangan yang tak sudah-sudah. Masing-masing ada jawapan dan alasan. Hingga ayam berkokok ke pagi esok pun, perbincangan atau perbahasan tersebut tidak akan tamat.

Itu sebabnya dalam tulisan terdahulu, saya menyatakan lebih baik kita memulakan percakapan jika difikirkan  kita lebih tahu dan berkebolehan dari orang lain ketika itu. Sebaliknya jika situasi ketika itu kita bersama-sama dengan orang-orang lain yang tidak kurang hebatnya, lebih baik kita diam dan mendengar atau mengikuti perbualan mereka terlebih dahulu sebelum kita turut bersama bercakap. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 8.0 PERASAAN RENDAH DIRI

Posted by on 11/08/2011 in Persilatan

 

7.2 HEBATKAN DIRI III

Bahagian Akhir

Ketika saya menjadi pemimpin persatuan di cawangan, maklumat cawangan dikeluarkan dari masa ke masa sama ada secara lisan atau secara tulisan. Bentuk tulisan adalah berdasarkan kepada keperluan. Penyebarannya dikhususkan dalam kalangan ahli-ahli persatuan sebagai sumber rujukan atau sumber maklumat. Jika maklumat tersebut penting dan memerlukan penelitian, saya akan terbitkan dalam bentuk tulisan yang berkala. Hal yang demikian akan membolehkan para ahli menyimpannya untuk rujukan.

Dalam masa-masa yang tertentu, pihak kami ada menerbitkan edaran berbentuk buletin. Dalam buletin tersebut, pelbagai maklumat boleh disampaikan sama ada berkaitan dengan aktiviti cawangan atau berkaitan dengan aktiviti pusat. Biasanya, buletin diterbitkan sekali dalam masa setahun. Hal ini akan membolehkan kandungannya memberi lebih makna. Di samping maklumat tentang pentadbiran, hasil karya seni para ahli, dapat juga dimasukkan dalam buletin tersebut. Tentunya kandungan yang demikian akan mendorong para ahli untuk membacanya. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 7.2 HEBATKAN DIRI III

Posted by on 07/08/2011 in Persilatan