RSS

Monthly Archives: July 2011

6.4 PENGURUSAN DIRI V

Bahagian Kelima

Mengurus diri memerlukan kita sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Maknanya, kita perlu sentiasa berada dalam pemikiran sedar. Perkara itu meliputi pada diri sendiri atau melibatkan orang lain. Orang yang berfikir dahulu sebelum membuat sesuatu perkara adalah merupakan orang yang sentiasa berada dalam keadaan sedar. Orang-orang ini selalunya berada dalam kehebatan dan dikagumi oleh orang-orang lain. Dia tahu akan apa yang dilakukannya.

Oleh itu, jagalah diri kita apabila berhubung dengan orang lain. Ketika berjanji, tepati janji berdasarkan masa yang telah ditentukan. Saya selalu tegaskan dalam tulisan yang terdahulu. Orang yang hebat sentiasa mendahului masa. Orang biasa sering kali menepati masa. Manakala orang yang ’anu’ kerap kali melewati masa. Oleh itu semestinya kita sentiasa tepat waktu dalam urusan yang telah ditentukan. Read the rest of this entry »

Advertisements
 
Comments Off on 6.4 PENGURUSAN DIRI V

Posted by on 25/07/2011 in Persilatan

 

6.3 PENGURUSAN DIRI IV

Bahagian Keempat

Pengurusan diri ada kaitan dengan pengurusan masa. Saya lebih suka menggunakan istilah pengurusan diri berbanding dengan pengurusan masa. Namun begitu, ramai penulis atau penceramah yang lebih gemar menggunakan istilah pengurusan masa, berbanding dengan istilah pengurusan diri.

Pada pandangan saya, secara praktikal eloklah digunakan ungkapan ”pengurusan diri”. Masa yang diuntukkan Tuhan adalah selama dua puluh empat jam dalam sehari dan semalam. Masa adalah tetap. Tak payah diuruspun, masa tetap berjalan dan berlalu. Hanya kita yang yang perlu menyesuaikan diri kita sendiri dengan masa yang ada. Jika kita cekap dan kemas melayan diri, maka mudahlah kita menggunakan masa yang dianugerahi Tuhan. Diri akan menjadi hebat dan disenangi oleh orang lain. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 6.3 PENGURUSAN DIRI IV

Posted by on 18/07/2011 in Persilatan

 

6.2 PENGURUSAN DIRI III

Bahagian Ketiga

Saya berpendapat bahawa jika seseorang ahli itu ingin menjadikan dirinya hebat dan memastikan kewujudannya bermakna pada organisasi atau persatuan yang diceburinya, maka dia perlu memahami akan dirinya sendiri. Hal yang demikian kerana akhirnya, dirinya perlu disesuaikan dengan kehendak organisasi atau persatuan yang dia terlibat. Jika gagal berbuat demikian, sumbangannya pada persatuan tidak akan memberi makna yang hebat.

Salah satu aspek yang penting dan ingin saya bincangkan dalam tulisan ini adalah berkaitan dengan pengurusan  diri individu berkenaan. Sebagai pemimpin, kalau diri sendiri boleh diurus maka secara langsung organisasi yang dipimpinnya boleh bergerak dengan baik dan berkesan. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 6.2 PENGURUSAN DIRI III

Posted by on 14/07/2011 in Persilatan

 

6.1 PENGURUSAN DIRI II

Bahagian Kedua

Kalau kita menganggap diri kita sebagai pendokong SC di peringkat cawangan, sedaya upaya elakkan sebarang bentuk pepecahan dalam kalangan ahli-ahli kita. Hubungan baik sesama ahli, perlu diwujudkan dalam apa keadaan sekali pun. Banyak cara boleh dilakukan. Dalam tulisan terdahulu, saya telah membincangkan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan. Pelakuan memberi salam sambil berjabat tangan dan ziarah-menziarahi sesama ahli adalah antara perbuatan yang boleh kita buat.

Salah satu faktor yang kerap mengundang pepecahan ahli, erat kaitannya dengan perasaan tak puas hati yang dibina dalam diri mereka sendiri dari hari ke hari. Oleh itu, sebarang aduan atau rungutan yang ditimbulkan oleh para ahli, perlu diberi perhatian. Sensitiflah pada perasaan mereka. Kekuatan persatuan banyak bergantung pada sokongan dan kerjasama mereka. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 6.1 PENGURUSAN DIRI II

Posted by on 10/07/2011 in Persilatan

 

6.0 PENGURUSAN DIRI I

Bahagian Pertama

Satu ketika lalu, organisasi kita iaitu Persatuan Silat Cekak pernah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah organisasi yang baik. Persatuan kita dikatakan mempunyai pengurusan yang mantap bagi membolehkan kita menerima pengiktirafan tersebut. Pada masa itu persatuan kita disegani oleh persatuan silat Melayu yang lain. Kita yang menjadi ahli persatuan ketika itu tentunya berasa megah kerana berada dalam persatuan SC yang hebat dan mantap dari segi pengurusan.

Dalam kalangan ahli biasa, pastinya mereka kurang arif tentang gelaran demikian. Apa yang membolehkan persatuan kita menjadi mantap dan hebat hingga membawa kepada gelaran persatuan yang baik. Mungkin hanya orang-orang kanan persatuan yang merupakan perancang utama yang mengetahui ciri-ciri yang menjadikan organisasi kita hebat dan berkesan. Merekalah yang bertanggungjawab ’melayarkan’ persatuan kita pada satu ketika lalu ke puncak pengiktirafan. Read the rest of this entry »

 
Comments Off on 6.0 PENGURUSAN DIRI I

Posted by on 02/07/2011 in Persilatan